
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Kalian,sempena Sambutan Merdeka yang ke-52 ,izinkan saya menulis dalam bahasa Melayu.Manusia ataupun remaja kini kian melupakan jasa-jasa pejuang yang telah berjuang demi tanah air kita untuk membebaskan negara kita daripada dijajah oleh pihak luar.Sesekali ditanya,'whats your plan for our independence day?', jawapannya satu sahaja 'Take a rest at home'.Dimanakah letaknya semangat atau iktibar seorang rakyat Malaysia?Segelintir pelajar gemar meluangkan masa mereka di rumah daripada menyambut Hari Kemerdekaan di sekolah sempena perayaan hari merdeka di peringkat sekolah.Mahupun demikian,tabiat ini seharusnya dikikiskan.Sering kali,pelbagai lagu patriotik dimainkan di sekolah dan akan tetapi respond daripada para pelajar tidak menggalakkan dan apa yang dimainkan di fikiran mereka adalah ENTERTAINMENT.Bakat bekas Perdana Menteri kita,Abdullah Badawi,amatlah saya kagumi.Beliau bukan setakat dapat mentakbir negara kita dengan begitu baik sekali malahan beliau merupakan seorang yang baik hati.Disamping itu,beliau sering menyeru anak anak generasi muda berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka atas sebab sebab yang munasabah dan salah satu daripadanya ialah KEBAIKAN Untuk Masa Depan.
Pernah sekali,ku bertanya kepada diriku tentang keperitan bekas pemimpin negara kita semasa waktu pemerintahan jepun di negara kita.Perasaan bertuah haruslah kita hargai dan bukannya mereka,dimanakah kita sekarang?Seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad atas menyebarkan agama islam di dunia ini tanpa merasakan apa apa tentangan yang dialami oleh beliau.Mesej yang hendak disampaikan oleh saya ialah,Hargailah Apa yang dikurniakan.Tanamlah Semangat Merdeka di dirimu dan berasalah bangga sebagai seorang rakyat Malaysia.Setakat ini sahaja dan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 52.
1 Malaysia 1 Nation.
Satu Malaysia Satu Bangsa.
Kibarlah Jalur Gemilang !
0 comments:
Post a Comment